Monday, April 5, 2010

JPA tawar 1,500 biasiswa PILN

PARIS: Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan 1,500 biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun ini dengan penajaan berjumlah RM1.24 bilion untuk sepanjang pengajian.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program untuk menyediakan biasiswa yang berprestij itu bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti bagi menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

"Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan, seperti perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di sini bagi menghadiri mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang bermula esok.

Penajaan PILN, katanya, akan ditawarkan mengikut empat kategori iaitu populasi kaum (60 peratus), kecemerlangan akademik (20 peratus), Bumiputera Sabah dan Sarawak (10 peratus) serta golongan "socially disadvantaged" (10 peratus). - Bernama

No comments:

Post a Comment