Tuesday, March 23, 2010

Permulaan Examo

Imam al-Ghazali telah mengkaji fungsi otak hampir sembilan ratus tahun dahulu. Beliau telah mengenal pasti lima fungsi utama otak. Menurut kajian beliau, pada otak berlakunya beberapa aktiviti seperti ingatan, visual, perasaan, sintesis dan daya fikir.

Dr. Hussein Nabil Hasyim, pakar bedah dari Universiti Iskandariah menegaskan fungsi otak sebagai fungsi utama badan. Di sinilah tempat akal dengan fungsi tertinggi berfikir, merenung, mengatur dan mengendalikan fungsi kehidupan manusia.

Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "orang yang cerdas otaknya ialah orang yang tunduk dan beramal untuk akhiratnya. Orang yang lemah otaknya ialah orang yang suka mengikut hawa nafsunya kepada perkara-perkara yang tercela".

Dalam agama Buddha, konsep penerapan akal fikir juga turut diamalkan melalui kaedah meditasi (penyucian jiwa). Begitu juga dengan agama-agama lain yang banyak menggunakan konsep akal fikir yang tersendiri.

Menurut 'World Book', kesihatan mental dan fizikal berkait rapat. Kesihatan mental mempunyai peranan penting dalam kedua-dua cara manusia bertingkah laku dan cara mereka merasa. Menurut Sheila Ostrander dan Lynn Schroeder buku 'Super Learning 2000' makanan boleh meningkat kecerdasan, menguatkan ingatan dan menguatkan daya keupayaan pembelajaran.

Oleh itu untuk mendapatkan daya berfikir yang aktif dan kreatif, otak mestilah diberikan bahan makanan yang sesuai. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut dan merujuk kepada nutrisi sel Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, telah mendorong Prof. Dr. Azizan Haji Ismail seorang pakar pemakanan kesihatan tempatan untuk merumus nutrisi biokimia yang dikenali dengan nama EXAMO CKM 500 (NO PBKD: MAL20032551T)

(Sejarah lengkap Examo akan menyusul)

No comments:

Post a Comment